Friday, September 16, 2011

Cerita Oh Cerita: Wanita Bertudung Hitam


Wajahnya ayu,berpewatakan lemah lembut,tinggi lampai orangnya...itulah yang sedang bermain dalam fikiran Roslan setelah dia membantu seorang wanita bertudung hitam ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya malam kelmarin. Masih teringat akan kata-kata wanita tersebut. Kejadian tersebut bermula pada jam 11.30 malam, "Mat,aku balik dulu,hari dah malam sangat ni,kerja aku pun dah settle" kata Roslan kepada rakan sepejabatnya,Rahmat sambil dia mengemas meja kerjanya sebelum pulang. "Ok! elok-elok bawa motor" balas Rahmat yang sempat menyelitkan sedikit nasihat buat rakannya itu. Dicapai topi keledarnya lalu dia segera turun ke kawasan parking motosikal,tanpa membuang masa dia menghidupkan enjin motosikalnya yang berjenama Yamaha itu lalu terus memecut laju agar cepat tiba di rumahnya. Keadaan jalan raya yang lenggang lebih memudahkan tunggangannya namun secara tiba-tiba sahaja tunggangangnya terhenti pabila dia terlihat seorang wanita bertudung hitam berdiri sendirian di bawah jambatan laluan Transit Aliran Ringan (LRT). "Apa yang dibuat wanita ini di tengah malam-malam buta sebegini,tak takut dengan anasir-anasir jahat yang kebiasaannya berleluasa di waktu begini?" terdetik pertanyaan di dalam hatinya.

Dirapatinya wanita itu dengan sesenyap mungkin lalu dia bersuara "Hai Awak! apa buat malam-malam buta ni? tak takut dengan orang jahat ke? hantu ke?hehehe..." tanya Roslan kepada wanita tersebut diiringi tawa kecil yang terukir di wajah hitam manisnya. Wanita tersebut hanya berdiam diri,Roslan menanti jawapan dengan penuh kesabaran namun tiada sebarang respon yang ditunjukkan. Kembali Roslan bersuara "Awak jangan risau,saya bukan nak apa-apakan awak,saya cuma nak berniat menghulurkan pertolongan". Akhirnya terungkap jua kata-kata dari wanita tersebut "Betul ke Encik nak tolong saya?",segera Roslan menjawab sambil mengukir senyuman "Betullah saya nak tolong awak,itu pun kalau awak sudi terima pertolongan saya". "Encik boleh tolong hantar saya pulang ke rumah saya tak? tadi kawan saya suruh saya tunggu di sini dahulu nanti dia nak tumpangkan saya pulang tapi sampai sekarang dia tak muncul-muncul,nak naik teksi atau bas,satu pun tak nampak nasib baik ada Encik" kata wanita tersebut yang memohon pertolongan sambil menceritakan apa yang berlaku sebenarnya.

Tanpa berfikir panjang,Roslan menghulurkan sebuah helmet kepada wanita tersebut,mujur dia membawa helmet tambahan. Setelah wanita tersebut duduk di atas motosikalnya. Roslan yang sudah terlebih dahulu duduk di bahagian penunggang menghidupkan enjin motosikalnya kembali lalu ditunggang sebaik mungkin lebih-lebih lagi dia sedang membawa seorang wanita. Jam ditangan sudah pun menunjukkan pukul 12 tengah malam,wanita tersebut juga membantu menunjukkan jalan ke rumahnya dan tidak sampai 30 minit mereka berdua telah tiba di hadapan wanita tersebut. Segera wanita itu turun dari motosikal Roslan lalu dibuka pintu rumahnya. Tidak lama kemudian muncul dua orang kanak-kanak keluar dari muka pintu, "Eh!,siapa budak-budak tu?" terpancul kata-kata itu dari mulut Roslan tanpa disedari dirinya. "Itu anak-anak saya,saya ni ibu tunggal so bila pergi bekerja ,anak-anak saya tinggal sendirian di rumah" jawab wanita tersebut sambil diiringi bunyi-bunyian guli yang menghentak lantai. Roslan sedar dari lamunannya yang tajam memerhatikan dua orang kanak-kanak terbabit bermain guli,terus di arahkan bola matanya ke arah jam tangannya,waktu sudah pun jam 1 pagi. "Awak,saya pulang dahulu ya,nanti senang-senang kita jumpa lagi" kata Roslan yang sudah pun berada di tempat duduk motosikalnya. Wanita tersebut mengganguk sambil mengucapkan terima kasih atas bantuan Roslan. Dalam sekelip mata,motosikal Roslan sudah berlalu pergi hilang di bawah kabus yang tebal.

"Tring...tring..tring..." bunyi handphonenya yang menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) dari rangkaian telekomunikasi. "Ah! tidak penting" kata hatinya yang telah sedar sepenuhnya dari awang-awangan yang menggingatkan dirinya terhadap wanita bertudung hitam kelmarin. "Hari ni aku cuti,boleh lah aku ajak wanita hari tu keluar makan,mana tahu ada peluang buat jadi awek" katanya perlahan yang disertai senyuman. Dia menuju ke bilik mandi,beberapa minit kemudian dia kembali keluar dari bilik mandi menandakan bahawa dia sudah selesai membersihkan diri. Dipakainya baju kemeja-T dan dikenakan seluar jeans serta disemburkan minyak wangi berjenama Casablanca di tubuhnya agar bertambah wangi. Sesudah berhias dia mengambil jam tangan,dompet beserta kunci motosikal sambil di tangan kiri memegang erat dua helmetnya.

"Vroom..vroom...vroom" deruman enjin motosikal Roslan meninggalkan kawasan perumahannya. Berpusing-pusing dia mencari rumah wanita tersebut dan akhirnya dia menjumpai sebuah rumah yang dia sendiri pasti bahawa rumah tersebut adalah milik wanita yang dibantunya kelmarin tetapi Roslan dikejutkan dengan keadaan rumah tersenut yang dipenuhi semak samun seperti sudah lama tidak berpenghuni. Dalam kebinggungan Roslan,muncul seorang warga emas yang merapatinya lalu bertanya, "Cari siapa nak?" Roslan segera menjawab "saya cari tuan rumah ni,hari ti saya ada menghantarnya pulang ke sini". "Seorang lagi mangsa" kata warga emas tersebut bercampur keluhan. "Mangsa?" tanya Roslan yang terpinga-pinga dengan kata-kata warga emas tersebut. "Nak,dah ramai jadi mangsa wanita yang pernah tinggal di rumah ni dulu,dia sebenarnya dah meninggal dunia enam tahun lalu,dia mati dibunuh bersama dua orang anaknya oleh Ah Long yang meminjamkan wang kepada suaminya setelah suaminya gagal membayar kembali hutang,mereka dibunh dengan kejam sehingga pihak polis menyatakan bahawa mereka ditembak dari jarak dekat dan mayat mereka digantung di ruang tamu rumah". Alangkah terkejutnya Roslan mendengar kisah tersebut di melutut menyembah bumi sambil air matanya berlinangan kerana dia baru sahaja mahu berkenalan dengan wanita tersebut. Kini,Roslan telah pun berkahwin dan dikurniakan dua cahaya mata namun peristiwa yang berlaku tiga tahun masih segar di ingatannya.

No comments:

Post a Comment