Friday, August 26, 2011

Jom Dengar Lagu Raya~

Haha...hari saya nak share dengan korang antara lagu-lagu raya yang paling saya minati...mari kita sama-sama dengar lagu-lagu dari youtube ini----->

Sebelum itu saya ingin menyampaikan dua pantun raya untuk anda semua:

Pabila raya sudah menjelma,                          Semua anakanda pulang ke desa,
terdengar takbir kuat bergema,                      mahu menyambut hari raya,
mohon maaf ampun dipinta,                           tatkala kita sedang bergembira,
moga ceria dan sentiasa bahgia                      jangan dilupa yang telah tiada

Mamat-Ku Pohon Restu Ayah Bonda

Khalifah ft. Kristal-Doaku Pohonkan

Amir Ukay's-Bermaafan Di Aidilfitri

Jalil Hamid-Raya

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432 Hijrah,Maaf Zahir Sahaja~

Assalamualaikum semua,tak sangka betul masa begitu cepat berlalu,tak tahulah sama ada amalan kita pada bulan Ramadan tahun ini sempurna atau tidak namun sentiasalah berdoa kamu semua berjaya mengumpul kesemua 3 perkara yang Allah S.W.T telah janjikan kepada kita iaitu 10 pertama Ramadan merupakan Rahmat,10 hari kedua membawa kita kepada keampunan-Nya dan 10 hari terakhir iaitu pembebasan daripada api neraka. Pada zaman Nabi Muhammad S.A.W. seluruh umatnya yang betul-betul tinggi imannya akan menangis ketika tibanya dan berakhirnya bulan Ramadan namun kini yang dapat dilihat manusia yang beragama Islam bergembira ketika tibanya Aidilfitri walaupun amal ibadatnya cukup atau tidak. Tapi saya berharap kita sentiasa bersyukur kerana masih diberi peluang untuk terus berada di dalam Bulan Ramadan pada tahun ini dan mengaut segala pahala yang telah ditawarkan. Jadi tanpa perlu memanjangkan lagi saya sekeluarga mengucapkan:

SELAMAT HARI RAYA KEPADA SEMUA UMAT ISLAM DI MALAYSIA MAHUPUN DI DUNIA


Saya memohon ampun sekiranya saya melakukan kesalahan kepada anda semua...


ingatlah segala kebaikan itu datang dari Allah S.W.T dan segala kesilapan mahupun keburukan itu datang dari diri saya sendiri...

Thursday, August 25, 2011

Akhirnya Blog Saya Ini Berjaya Ditubuhkan!

Assalamualaikum,Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.Alhamdullilah dengan izin-Nya saya berjaya menubuhkan Blog yang tak seberapa nie...just for fun untuk mencatat segala yang berlaku dalam hidup,maybe ada sesetengah orang kata Blogger ini "syok sendiri" tapi dari sudut pandangan saya Blogger mencipta Blog untuk meluahkan isi hati mereka bukan untuk membidas atau mengkritik seseorang namun untuk memperbetulkan perkara yang salah dari segi menulis. Mungkin dengan cara berBlog saya boleh mencapai cita-cita saya sebagai seorang novelis atau menjadi penulis setia dalam Blog ini untuk sekian lama. Ini bukan Blog saya yang pertama kerana saya mempunyai Blog Sukan saya sendiri namun saya berfikir apa salahnya saya meluahkan perit getir,suka duka,gembira dan bermacam lagi perasaan ke dalam Blog ini untuk bacaan umum,bukan untuk membuka pekung di dada tetapi sekadar berkongsi... =)