Friday, September 16, 2011

Cerita Oh Cerita: Wanita Bertudung Hitam


Wajahnya ayu,berpewatakan lemah lembut,tinggi lampai orangnya...itulah yang sedang bermain dalam fikiran Roslan setelah dia membantu seorang wanita bertudung hitam ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya malam kelmarin. Masih teringat akan kata-kata wanita tersebut. Kejadian tersebut bermula pada jam 11.30 malam, "Mat,aku balik dulu,hari dah malam sangat ni,kerja aku pun dah settle" kata Roslan kepada rakan sepejabatnya,Rahmat sambil dia mengemas meja kerjanya sebelum pulang. "Ok! elok-elok bawa motor" balas Rahmat yang sempat menyelitkan sedikit nasihat buat rakannya itu. Dicapai topi keledarnya lalu dia segera turun ke kawasan parking motosikal,tanpa membuang masa dia menghidupkan enjin motosikalnya yang berjenama Yamaha itu lalu terus memecut laju agar cepat tiba di rumahnya. Keadaan jalan raya yang lenggang lebih memudahkan tunggangannya namun secara tiba-tiba sahaja tunggangangnya terhenti pabila dia terlihat seorang wanita bertudung hitam berdiri sendirian di bawah jambatan laluan Transit Aliran Ringan (LRT). "Apa yang dibuat wanita ini di tengah malam-malam buta sebegini,tak takut dengan anasir-anasir jahat yang kebiasaannya berleluasa di waktu begini?" terdetik pertanyaan di dalam hatinya.

Dirapatinya wanita itu dengan sesenyap mungkin lalu dia bersuara "Hai Awak! apa buat malam-malam buta ni? tak takut dengan orang jahat ke? hantu ke?hehehe..." tanya Roslan kepada wanita tersebut diiringi tawa kecil yang terukir di wajah hitam manisnya. Wanita tersebut hanya berdiam diri,Roslan menanti jawapan dengan penuh kesabaran namun tiada sebarang respon yang ditunjukkan. Kembali Roslan bersuara "Awak jangan risau,saya bukan nak apa-apakan awak,saya cuma nak berniat menghulurkan pertolongan". Akhirnya terungkap jua kata-kata dari wanita tersebut "Betul ke Encik nak tolong saya?",segera Roslan menjawab sambil mengukir senyuman "Betullah saya nak tolong awak,itu pun kalau awak sudi terima pertolongan saya". "Encik boleh tolong hantar saya pulang ke rumah saya tak? tadi kawan saya suruh saya tunggu di sini dahulu nanti dia nak tumpangkan saya pulang tapi sampai sekarang dia tak muncul-muncul,nak naik teksi atau bas,satu pun tak nampak nasib baik ada Encik" kata wanita tersebut yang memohon pertolongan sambil menceritakan apa yang berlaku sebenarnya.

Tanpa berfikir panjang,Roslan menghulurkan sebuah helmet kepada wanita tersebut,mujur dia membawa helmet tambahan. Setelah wanita tersebut duduk di atas motosikalnya. Roslan yang sudah terlebih dahulu duduk di bahagian penunggang menghidupkan enjin motosikalnya kembali lalu ditunggang sebaik mungkin lebih-lebih lagi dia sedang membawa seorang wanita. Jam ditangan sudah pun menunjukkan pukul 12 tengah malam,wanita tersebut juga membantu menunjukkan jalan ke rumahnya dan tidak sampai 30 minit mereka berdua telah tiba di hadapan wanita tersebut. Segera wanita itu turun dari motosikal Roslan lalu dibuka pintu rumahnya. Tidak lama kemudian muncul dua orang kanak-kanak keluar dari muka pintu, "Eh!,siapa budak-budak tu?" terpancul kata-kata itu dari mulut Roslan tanpa disedari dirinya. "Itu anak-anak saya,saya ni ibu tunggal so bila pergi bekerja ,anak-anak saya tinggal sendirian di rumah" jawab wanita tersebut sambil diiringi bunyi-bunyian guli yang menghentak lantai. Roslan sedar dari lamunannya yang tajam memerhatikan dua orang kanak-kanak terbabit bermain guli,terus di arahkan bola matanya ke arah jam tangannya,waktu sudah pun jam 1 pagi. "Awak,saya pulang dahulu ya,nanti senang-senang kita jumpa lagi" kata Roslan yang sudah pun berada di tempat duduk motosikalnya. Wanita tersebut mengganguk sambil mengucapkan terima kasih atas bantuan Roslan. Dalam sekelip mata,motosikal Roslan sudah berlalu pergi hilang di bawah kabus yang tebal.

"Tring...tring..tring..." bunyi handphonenya yang menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) dari rangkaian telekomunikasi. "Ah! tidak penting" kata hatinya yang telah sedar sepenuhnya dari awang-awangan yang menggingatkan dirinya terhadap wanita bertudung hitam kelmarin. "Hari ni aku cuti,boleh lah aku ajak wanita hari tu keluar makan,mana tahu ada peluang buat jadi awek" katanya perlahan yang disertai senyuman. Dia menuju ke bilik mandi,beberapa minit kemudian dia kembali keluar dari bilik mandi menandakan bahawa dia sudah selesai membersihkan diri. Dipakainya baju kemeja-T dan dikenakan seluar jeans serta disemburkan minyak wangi berjenama Casablanca di tubuhnya agar bertambah wangi. Sesudah berhias dia mengambil jam tangan,dompet beserta kunci motosikal sambil di tangan kiri memegang erat dua helmetnya.

"Vroom..vroom...vroom" deruman enjin motosikal Roslan meninggalkan kawasan perumahannya. Berpusing-pusing dia mencari rumah wanita tersebut dan akhirnya dia menjumpai sebuah rumah yang dia sendiri pasti bahawa rumah tersebut adalah milik wanita yang dibantunya kelmarin tetapi Roslan dikejutkan dengan keadaan rumah tersenut yang dipenuhi semak samun seperti sudah lama tidak berpenghuni. Dalam kebinggungan Roslan,muncul seorang warga emas yang merapatinya lalu bertanya, "Cari siapa nak?" Roslan segera menjawab "saya cari tuan rumah ni,hari ti saya ada menghantarnya pulang ke sini". "Seorang lagi mangsa" kata warga emas tersebut bercampur keluhan. "Mangsa?" tanya Roslan yang terpinga-pinga dengan kata-kata warga emas tersebut. "Nak,dah ramai jadi mangsa wanita yang pernah tinggal di rumah ni dulu,dia sebenarnya dah meninggal dunia enam tahun lalu,dia mati dibunuh bersama dua orang anaknya oleh Ah Long yang meminjamkan wang kepada suaminya setelah suaminya gagal membayar kembali hutang,mereka dibunh dengan kejam sehingga pihak polis menyatakan bahawa mereka ditembak dari jarak dekat dan mayat mereka digantung di ruang tamu rumah". Alangkah terkejutnya Roslan mendengar kisah tersebut di melutut menyembah bumi sambil air matanya berlinangan kerana dia baru sahaja mahu berkenalan dengan wanita tersebut. Kini,Roslan telah pun berkahwin dan dikurniakan dua cahaya mata namun peristiwa yang berlaku tiga tahun masih segar di ingatannya.

Wednesday, September 14, 2011

Sudut Renungan: Ibu dan Kekasih...

Dikala mengemas buku-buku serta kertas-kertas yang tidak mahu digunakan lagi terjumpa pula dengan sehelai kertas yang mengandungi isi kandungan yang cukup untuk menyedarkan kita semua maka ditulis semula di blog ini untuk tatapan semua....Selamat Membaca.....


bila seronok,aku cari....pasanganku
bila sedih,aku cari....IBU
bila berjaya,aku ceritakan pada.....pasanganku
bila gagal,aku ceritakan pada...IBU
bila bahagia,aku peluk erat....pasanganku
bila berduka,aku peluk erat....IBUKU
bila nak bercuti,aku bawa.....pasangku
selalu.....aku ingat pasanganku
selalu.....IBU ingat kat aku
bila-bila....aku talipon pasanganku
Entah bila.....aku nak talipon IBU
selalu.....aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila.....aku nak belikan hadiah untuk IBU

kalau kau dah habis belajar dan bekerja....
  • bolehkan kau kirim wang untuk IBU?
  • IBU bukan nak banyak.....lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"
tapi kalau ibu sudah tiada......"IBUUU.....RINDU IBU....RINDU SANGAT"
BERAPA RAMAI YANG SANGGUP:menyuap,......mencuci muntah,....mengantikan lampin,....membersihkan najis,.....membuang ulat dan membersihkan luka kudis.........IBUNNYA!!
RENUNG-RENUNGKANLAH.......

Monday, September 12, 2011

Ruginya Seorang Manusia

Assalamualaikum semua. Hari ini saya ingin memperkatakan tentang Ruginya Seorang Manusia. Kerugian biasanya sering dikait rapatkan dengan harta benda namun tahukah kita bahawa adanya Kerugian yang lebih besar melainkan harta benda iaitu kegagalan seorang manusia itu menjalankan tugasnya sebagi hamba Allah. Di zaman yang serba canggih ini dapat kita lihat bahawa ramainya orang Islam gagal menjalankan tugas mereka malahan sering melibatkan diri dalam perkara-perkara yang dapat menimbulkan dosa. Allah memberikan nyawa,jasad dan tubuh badan yang sempurna ke atas manusia adalah untuk beribadat ke atasnya selain melakukan pekerjaan yang dapat memberikan pendapatan yang halal untuk menyara diri dan keluarga. Allah mengurniakan kita otak yang disertakan akal fikiran untuk berfikir ke arah kebaikan bukannya memikirkan sesuatu yang tidak berfaedah dan mengundang keinginan untuk melakukan kejahatan. Allah mengurniakan kita mata untuk kita melihat keindahan alam ciptaan-Nya  dan melihat Al-Quran serta kedua wajah ibu bapa kita bukannya untuk kita melihat aurat yang bukan mahram sehingga tercetusnya kegairahan didalam diri. Allah mengurniakan kita mulut untuk sentiasa mengucapkan nama-Nya,nama para Rasul serta beristigfar dan membaca ayat-ayat suci Al-Quran bukannya untuk kita mengumpat serta mengeluarkan kata-kata yang keji lalu menyakitkan hati seseorang. Allah mengurniakan kita kedua belah tangan untuk membantu insan yang lemah bukannya untuk memukul ataupun mencuri dan Allah juga mengurniakan kita kedua belah kaki untuk memudahkan pergerakkan kita dari satu tempat ke satu tempat serta berjalan menuju ke Masjid untuk menunaikan solat bukannya berjalan menuju ke arah kemaksiatan. Mohonlah keampunan kepada Allah nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu kecuali dosa orang yang mensyirikkan-Nya dan percayalah bahawa segala kebaikan itu datangnya dari hati yang bersih serta hati yang sering menggingati Allah dan kebesaran-Nya. Jadikanlah diri kita sebagai seorang Islam yang sentiasa melakukan suruhan Allah dan mengumpulkan sebanyak mungkin pahala untuk kita bawa ke hari akhirat suatu hari nanti maka kita tidak akan menjadi seorang manusia yang dalam kerugian.

Sunday, September 11, 2011

Cerita Oh Cerita:"Abang! Tolong Wani!"

"Abang! Tolong Wani!" alangkah terkehutnya Azlan pabila terdengar jeritan tersebut menjengah masuk ke telinganya. Hatinya yakin bahawa jeritan tersebut mirip suara adiknya yang tinggal di kampung. Azlan semakin khuatir kebarangkalian memang benar sesuatu yang buruk telah menimpa adiknya yang bernama Wani itu. Detik demi detik,hatinya kian tidak tenteram lalu dicapai telefon bimbitnya dengan serta merta dia menelefon ibunya kerana adiknya itu tidak mempunyai telefon bimbit,tut...tut...tut... bunyi yang keluar dari corong telefon bimbit itudan beberapa ketika kemudian kedengaran suara ibunya "Hello...Assalamualaikum...ha! Azlan kenapa kamu telefonmak ni?" tanya wanita separuh abad yang bernama Maimun itu. Dengan suara yang resah ,Azlan menjawab pertanyaan tersebut "Waalaikumsalam Ibu,Wani ada tak? Azlan nak cakap dengan dia kejap" suara ibunya kembali kedengaran "adik kamu belum balik lagi,biasanya pukul 5.30 petang baru dia balik". "Oklah ibu,nanti kalau Wani balik suruh dia telefon Azlan balik" kata Azlan yang ingin menamatkan perbualan tersebut sambil memandang jam di dinding,"baiklah nanti ibu suruh dia telefon kamu balik,Assalamualaikum" tambah Maimun lagi dan dia meletakkan ganggang telefon rumahnya kembali ke tempat asal setelah salamnya dijawab oleh anaknya itu.

Jam kini menunjukkan jam 9 malam namun tiada sebarang panggilan yang diterima oleh Azlan. Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering lalu diangkat dengan tergesa-gesa,suara ibunya kedengaran seakan-akan ingin menangis "Azlan! adik kamu hilang! tadi mak ke tempat kerjanya lebih kurang pukul 7 petang,mak tanya kawan-kawan dia ke mana adik kamu pergi tapi diaorang kata adik kamu dah balik tepat jam 5.30 petang tadi,mak risaulah Azlan" kata ibunya yang kini tidak dapat menahan air matanya lagi. "Mak bertenang ye,bawa-bawa mengucap,insyaallah adik selamat" ujar Azlan yang cuba menenang jiwa ibunya yang sedang kacau. Setelah beberapa minit berbicara dengan ibunya,Azlan kembali meletakkan semula telefon bimbitnya dan sekilas itu kedengaran suara sayup-sayup nyaring seperti suara adiknya,"Abang!pulanglahlah ke kampung,cari jasad Wani. Wani sakit sangat ni!". Serta merta wajah Azlan berubah dan air mata mula membasahi pipinya,sepantas yang mungkin Azlan mengemas pakaiannya untuk dimasukkan ke dalam begnya lalu dicapai kunci kereta dengan bercampur hati yang masih tidak tenteram,Azlan memandu dengan laju namun dia turut berdoa  agar perjalanannya pulang ke kampung halaman selamat.

Dua jam memandu,akhirnya dia selamat sampai ke ke kampung halamannya,sebaik sahaja keluar dari kereta,Azlan terus menerpa ke arah ibunya lalu dipeluk seerat-eratnya maka berlinanganlah air mata kedua beranak itu sambil di dalam otak masih berlegar-legar memikirkan keadaan Wani. Azlan naik bersama ibunya ke dalam rumah untuk merehatkan diri namun gagal melelapkan mata. Dalam kesunyian malam suara Wani muncul sekali lagi,kini lebih jelas dan menampakkan kesakitan dari perkataan yang dilafazkan olehnya "Abang! esok kumpulkan orang kampung cari Wani! Wani dah tak tahan ni,sakit sangat!". Menitis kembali air mata Azlan mengenangkan kata-kata suara yag menusuk tepat ke arah telinganya tadi.

Matahari tegak di atas bumbung rumah menandakan hari sudah pun siang,segera Azlan bangun dari tidurnya lalu menuju ke bilik mandi untuk membersihkan diri. Selesai mandi dia segera mengenakan baju kemeja dan seluar jeans dan segera bergerak untuk ke rumah ketua kampung tanpa memberitahu kepada ibunya terlebih dahulu.Setibanya di rumah ketua kampung,Azlan memberi salam dan tanpa perlu menunggu lama salamnya dijawab lalu pintu dibuka luas. Dia dipelawa masuk,Azlan duduk di sofa namun hatinya mendesak agar dia segera menceritakan segalanya,tanpa membuang masa Azlan menceritakan perkara yang menimpanya termasuklah suara yang didengarinya. Ketua kampung yang lebih dikenali dengan panggilan Pak Abu itu memang baik orangnya apabila dia sepantas lipas kudung menuju ke surau dan membuat pengumuman supaya penduduk kampung terutamanya kaum lelaki berkumpul di perkarangan surau.

Penduduk kampung begitu patuh dengan arahan Pak Abu apabila tidak sampai 30 minit hampir keseluruhan penduduk kampung telah pun berkumpul di pekarangan surau. Pak Abu begitu yakin bahawa penduduk kampung pastikan akan membantu Azlan. Pak Abu berdiri di hadapan penduduk kampung lalu menjelaskan segala kesulitan yang melanda Azlan dan ibunya. Selesai berucap,gerakan mencari dimulakan beberapa ketika kemudian. Hujan turun dengan lebatnya sepuluh minit kemudian sekaligus menyukarkan gerakan mencari namun semangat penduduk kampung untuk membantu Azlan mencari jasad adiknya,Wani tidak luntur. Tiba-tiba Azlan melutut di tengah-tengah penduduk kampung menandakan dia sudah tidak mampu menahan sebak di hati air matanya mula berjurai,"Wani dekat mana? bagi tahulah Wani,abang dah tak mampu!" kata Azlan yang keluar dari mulut tanpa diduga sambil mengharap pertanyaannya dijawab. Beberapa orang penduduk kampung menuju ke arah Azlan dan cuba menenangkannya serta membantunya berdiri kembali.

Sebaik sahaja Azlan kembali berdiri kembali dia terdengar suara adiknya menjawab pertanyaannya tadi "Wani ada dalam semak belakang stesen bas,cepat abang! Wani dah tak boleh tahan,sejuk sangat ni!". Semua penduduk kampung segera ke tempat yang dinyatakan suara tadi kerana mereka juga terdengar suara tersebut,sayu bercampur sedih pabila mereka semua menjumpai mayat Wani terkujur basah dengan matanya terbuka memandang langit nan biru,badannya peuh dengan kesan lebam serta tangannya menggengam erat perutnya yang dipenuhi darah. "WANI!!!" jerit Azlan yang seperti orang hilang akal melihat keadaan adiknya yang begitu tragis. Dipeluknya dan diriba mayat adiknya sambil air mata tidak terhenti-henti berjujuran. Mayat adiknya dibawa pulang untuk dimandikan,disolatkan serta dikafankan sebelum dikebumikan dengan cara yang sempurna. Akhirnya selesai sudah dikebumikan jenazah Wani betul-betul sebelah kubur ayahnya. Azlan dan ibunya masih gagal menahan air mata mereka namu mereka redha atas pemergian Wani. Dalam tangisan mereka berdua,tiba-tiba penduduk kampung yang masih berada disitu dikejutkan dengan satu suara yang keluar dari mulut Azlan namun berbeza bunyinya,"Ibu maafkan Wani,Wani tahu Wani banyak buat salah dengan ibu,halalkan makan minum Wani,Wani nak ibu relakan pemergian Wani" kata suara yang sebenarnya suara arwah Wani yang memasuki tubuh Azlan."Ibunya maafkan Wani,ibu halalkan makan minum Wani dan ibu relakan pemergian Wani tapi kenapa Wani boleh jadi macam ni?" tanya ibunya yang mencari jawapan bagaimana anak daranya boleh jadi sebegitu rupa. "Semalam Wani balik dari tempat kerja,lepas tu ada dua orang lelaki berjalan ke arah Wani,diaorang jalan rapat-rapat dengan Wani dan tak lama kemudian diaorang keluarkan pisau minta duit dari Wani. Wani tak bagi diaorang duit,lepas tu diaorang tolak Wani dalam semak belakang stesen bas dan tikam Wani,tak cukup dengan itu diaorang pijak-pijak Wani sampai lembik. Sakit sangat ibu tapi mungkin dah ditakdirkan Wani pergi menemui Ilahi dengan car macam tu. Wani pasrah." selesai berbicara suara itu menghilang manakala tubuh Azlan rebah menyembah bumi. Kini sudah dua tahun peristiwa tersebut berlalu dan Azlan telah pun pulih dari segi rohani dan jasmani. Azlan juga telah menjadi seorang anggota polis kerana dia mahu peristiwa yang menimpa adiknya,Wani tidak akan berulang lagi.

                                                                        ~TAMAT~

Saturday, September 3, 2011

Coretan Si Penulis Cinta yang Derita

Hari ni saya nak berkongsi sedikit coretan or penulisan cintalah...saya selalu ke rumah kawan saya sorang nie dia memang pandai menulis bab-bab cinta walaupun ringkas tapi saya tertarik dengan cara dia menulis jadi saya akan paparkan penulisan dia di blog saya bukan hendak meniru tetapi cuba membantunya mencari pembaca setia kerana dia tidak ada platform untuk menurunkan segala coretannya....


 Di dalam hati ingin mencari seorang wanita yang beriman dan bertaqwa untuk dijadikan kekasih hati namun masih adakah wanita yang mengingginkannya sedangkan wajahnya tidak sekacak mana ditambah lagi dengan besar badannya,sukar untuknya membuat pilihan,walaupun sebegitu angannya,ada juga yang sudi menerimanya,dia bersyukur dikurniakan pasangan yang cantik dan baik orangnya, namun bak kata orang yang baik itu tidak semestinya beriman dan bertaqwa,walaupun begitu hatinya sudah menyanyangi orang disana.Tidak! jeritan hatinya,carilah seorang yang kamu kehendaki iaitu seorang yang beriman dan bertaqwa kerana kecantikan semata-mata tidak mampu menjamin apa-apa di masa hadapan,bantulah dirimu,berdoa pada yang Maha Esa moga diberikan petunjuk kepadamu tetapi jiwa meronta-ronta mengharap diri ini tidak memilih dalam soal pasangan hidup. Setiap kali memandang seseorang wanita yang bertudung,menutup aurat dengan rapi dan tersusun di tambah lagi dengan keimanan dan setiap langkahnya menuju ke rumah Allah,dia bermohon agar wanita sebegitulah yang bakal menjadi pemilik tulang rusuknya. Ya Allah kenapa hambamu ini diuji sebegini rupa,kuatkanlah imanku dan peribadiku agar berjaya menempuh ujianmu yang berat ini. Kini penulis yang menulis serta mencurahkan isi hatinya di atas sekeping kertas ini telah pun menghilangkan diri entah ke mana,adakah dia berjaya dalam percintaannya ataupun dia tewas di tengah-tengah kehidupannya mahup ungila memikirkan arah tujunya yang dibawa bersama jiwa yang sering meronta. Namun adakah segala kekurangan luaran dirinya itu menjadi kayu pengukur untuk wanita solehah menjauhinya sekiranya dia mendekati seseorang itu,berbicaralah di dalam hati bahawa keimanan dan kesucian hati beserta ketulusan jiwa penentu kebahagiaan bukan rupa paras semata-mata....

Sebelum menghilangkan dirinya,Si Penulis sempat meninggalkan satu ayat yang membawa pesanan kepada Kaum Adam terhadap Kaum Hawa,petikan ayatnya berbunyi:

Wanita bukan untuk disakiti,wanita bukan untuk dihina dan dimaki,wanita jua bukan tempat pemuas nafsu diri sendiri,wanita juga bukan untuk diusung kesana kemari tetapi wanita perlu disayangi,dijaga dan dinikahi serta berilah kasih sayang yang mencukupi dan jangan sesekali dilafazkan cerai talak pada si Isteri walau membaranya api kemarahan di dalam hati.

Thursday, September 1, 2011

Cu...Cu...nenek nak tumpang...

Hari tu time balik kampung sebelum Raya,saya ada terdengar orang kampung saya menceritakan hal sebegini,Ntahnye Ntahtidak saya pun tak tahu tapi cerita ini agak menyeramkan jugaklah...so korang baca lah cerita ini....cerita ini telah diedit sebahagiannya....


Jam menunjukkan tepat pukul 12.30 tengah malam,Rashid yang baru pulang dari menziarahi kawannya di Kuala Lumpur sedang menunggang motosikal barunya.Vroom...vroom...Rashid menekan minyaknya yang cukup kuat untuk memecah kesunyian malam itu.Rumah Rashid yang jauh ke dalam hutan yang berdekatan kebun getah bapanya itu terpaksa melalui satu kawasan tanah perkuburan islam yang cukup untuk menaikkan bulu roma sesiapa sahaja kerana terdapat pelbagai cerita-cerita mistik yang diceritakan dari buah mulut orang kampung.Tiba-tiba kedengaran suatu suara sayup-sayup yang datang dari tanah perkuburan itu,"Cu...cu...nenek nak tumpang"seperti suara seorang warga emas meminta pertolongan,apabila dipandang mata liar Rashid tiada apa yang dapat dikesannya."Ah!pedulikan saja tak ade ape-ape tu perasaan aku je kot!" kata suara hati Rashid untuk menjauhkan perhatian dari suara itu.Sekali lagi suara itu kedengaran tapi kali ini lebih jelas dan muncul satu lembaga nenek tua dalam keadaan membongkok yang memegang tongkat melintas di hadapannya,ketakutan yang begitu mendalam telah membelenggu diri Rashid dan dia hilang kawalan diri lalu terhumban bersama motosikalnya ke dalam sebuah longkang besar yang berada lima ratus meter dari rumahnya.
Keesokannya,seorang penoreh getah yang lebih dikenali sebagai Pak Jamal telah menjumpai Rashid yang berlumuran darah di bahagian kepala terbaring menghadap ke langit,mujurlah topi kaledarnya yang dipasang rapi menyelamatkannya kepalanya dari terhentak kuat yang boleh mengakibatkan kematian.Dia diangkat keluar oleh Pak Jamal sendiri lalu diusung ke rumah dengan bantuan orang kampung,manakala motosikalnya dibiarkan di tempat kejadian.Setibanya di rumah luka Rashid telah di bersihkan oleh ibunya dan disapu dengan minyak-minyak tradisional kerana menurut bapanya, lukanya tidak terlalu parah.Setelah semalaman tidak sedarkan diri,akhirnya Rashid mencelikkan matanya.Dia bangun duduk bersandarkan bantal supaya bahagian belakang badannya tidak berasa sakit,yang menghairankan kedua orang tuanya ialah Rashid tidak bercakap walaupun sepatah dan hanya mampu menggeleng ataupun mengganguk apabila ditanya.Pabila malam menjelang,anak mata Rashid tajam serta liar memandang kawasan sekeliling,mukanya berkedut seperti wajah orang yang telah berusia dalam lingkungan 80'an.Perubahannya pantas disedari bapanya yang sedang menjamah makan malam sebelum ke surau untuk menunaikan solat maghrib,lantas bapanya berhenti menjamah makanan lalu terus menuju ke arah anak sulungnya itu,ditelitinya dari pelbagai sudut "sah!memang kena sampuk budak ni"spontan perkataan itu dilafazkannya sehingga memeranjat isterinya yang berada di dalam bilik."Mansor pegi panggil Pak Imam katakan ada hal kecemasan"katanya lagi kepada anak bongsunya,enjin motosikal dipanaskan Mansor terlebih dahulu sebelum memecut laju menuju ke surau untuk mnjemput Pak Imam.Setengah jam kemudian kelibat Mansor dan Pak imam jelas kelihatan diatas motosikal."Apahalnya ni!? panggil aku tiba-tiba ni Usop"tanya Pak Imam kepada bapa Rashid,"entahlah Imam saya tengok macam kena sampuk budak ni, tu pasal saya suruh si Mansor panggilkan Imam" katanya seperti dalam kegelisahan.Pak Imam cuba mendekati Rashid yang sepertinya ada makhluk lain di dalam tubuhnya,tiba-tiba terdengar satu suara yang datangnya dari mulut Rashid"jangan ganggu aku!aku cuma nak tumpang!walau apa sekalipun kau lakukan kepada aku,aku tak akan keluar!"tegasnya kepada Pak Imam."oh!macam tu maksud kau!aku faham tapi tak boleh macam ni dunia dia dengan dunia kau berbeza"kata Pak Imam dengan lembut utuk tujuan memujuk keluar makhluk itu,"TIDAK!!aku tak akan keluar!"jerit makhluk itu.Pak Imam tidak mahu memanjangkan perbualannya dengan makhluk itu tadi lalu mengambil air yang telah disediakan ibu Rashid dan membaca ayat-ayat suci Al-Quran dan dengan lafaz 'bismillah',Pak Imam menyapu muka Rashid dengan air ayat-ayat suci Al-Quran itu tadi lalu Rashid menjerit sebelum pengsan diatas riba Pak Imam."Alhamdullilah"kata Pak Imam sejurus selepas itu,berpeluh-peluh juga Pak Imam dibuatnya.Akhirnya Rashid sedar tetapi keadaannya seperti di awan-awangan kerana belum sedar spenuhnya.Namun setelah selesai segala Pak Imam menjengah ke tingkap dan dia hanya tersenyum melihat kelibat seorang wanita tua yang membongkok dan memegang tongkat beredar dari halaman rumah Rashid lalu hilang dari pandangannya.Segala telah selamat tapi adakah kelibat wanita tua itu telah pulang ke tempat asalnya ataupun masih berlegar-legar di kawasan perkuburan untuk mencari manusia sebagai tempat menumpang?Itulah persoalannya......