Saturday, October 8, 2011

Cerita Oh Cerita: Kau Karim?


"Tring...tang...tring...tang" terkejut Usop dari lenanya pabila terdengar bunyi lagaan senduk dan kuali dari arah dapur. "Awal kau bangun Karim,biasa time-time macam ni kau membuta lagi" tanya Usop kepada rakan serumahnya itu sambil mengusap matanya sejurus keluar dari bilik tidur. Namun tiada jawapan keluar melalui mulut Karim. Usop kembali ke biliknya untuk mengambil kain tualanyayang berwarna  hijau. "Aku mandi dulu,kau dah solat Subuh ke belum?" soal Usop yang cuba membuka bicara semula pada pagi Ahad yang Indah. Hari ini nampaknya Karim seperti tiada mood untuk bercakap sebab itulah dia hanya mendiamkan diri. Jam 6.35 pagi,Usop keluar dari bilik mandi bersama wuduk yang diambilnya sebentar tadi namun Karim masih belum selesai memasak mee goreng walaupun sudah hampir 20 minit dia di dapur. Usop mengambil baju dan kain pelikatnya yang disangkutkan pada ampaian. "Allahuakbar..." kedengaran suara Usop mengangkat takbir sekaligus terhentilah bunyi lagaan senduk dan kuali menandakan Karim sudah selesai memasak. Beberapa minit setelah itu Usop memberi salam bermaksud solat Subuhnya sudah berjaya disempurnakan ,"Assalamualaikumwarahmatullah..." sayup-sayup kedengaran suara Usop. Barulah Karim muncul dari dapur membawa semangkuk mee goreng bersama dua piring berjenama Arcopal. Karim meletakkan kedua-duanya di atas meja sambil menarik kerusi ke belakang sebelum duduk. Karim makan dengan lahapnya sambil kepalanya menunduk ke bawah seperti sedang merahsiakan sesuatu di balik wajahnya. Usop yang juga sedang merasai mee goreng juga merasakan bahawa ada sesuatu yang tidak kena telah berlaku kepada rakannya itu. "Kring...kring...kring..." bunyi telefon Usop berdering menandakan seseorang menelefonnya. "Hello...Assalamualaikum..." ucap Usop kepada pemanggil yang tidak diketaui nombornya. "Waalaikumsalam,ni Pak Arsahad ayah kepada Karim. Pak Cik nak bagi tahu sesuatu ni,harap Usop bersabar. Karim...Karim...Karim...dah meninggal dunia nak,dia accident semalam dekat Lebuhraya Karak!" kata Pak Arshad teresak-esak menahan air matanya yang tidak henti-henti mengalir membasahi pipinya lalu terus dimatikan perbualan tersebut. "Habis tu,siapa yang masak mee goreng tadi?" hati Usop berkata sendirian sambil perlahan-lahan mengalihkan pandangannya ke arah Karim. "Ya Allah!" jerit Usop perlahan yang melihat Karim terapung-apungan bergerak keluar dari rumahnya menembusi pintu hadapan. Tanpa kaki! tanpa tangan! itulah gambaran jelas yang dapat dilihat melalui mata kasar Usop dan serta merta mee gorengnya yang berada di dalam piring berubah menjadi ulat yang dicampur najis. Usop memuntahkan kesemua mee goreng yang memasuki tekaknya menuju ke perut,dijolok-jolok tekaknya mengharapkan tiada sisa ulat dan najis tertinggal. Usop bergegas menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk kembali dan dibacanya Al-Quran bagi menenangkan hati yang sedang dilanda ketakutan melampau lalu beberapa ketika kemudian barulah Usop teringat bahawa arwah Karim sememangnya pulang ke kampungnya di Raub,Pahang dan Usop jugalah yang membantu arwah mengangkat barang-barang ke dalam kereta Honda Civic arwah. Sejak dari hari itu,Usop telah berpindah rumah namun bayangan arwah Karim tetap menghantuinya.

No comments:

Post a Comment