Monday, September 12, 2011

Ruginya Seorang Manusia

Assalamualaikum semua. Hari ini saya ingin memperkatakan tentang Ruginya Seorang Manusia. Kerugian biasanya sering dikait rapatkan dengan harta benda namun tahukah kita bahawa adanya Kerugian yang lebih besar melainkan harta benda iaitu kegagalan seorang manusia itu menjalankan tugasnya sebagi hamba Allah. Di zaman yang serba canggih ini dapat kita lihat bahawa ramainya orang Islam gagal menjalankan tugas mereka malahan sering melibatkan diri dalam perkara-perkara yang dapat menimbulkan dosa. Allah memberikan nyawa,jasad dan tubuh badan yang sempurna ke atas manusia adalah untuk beribadat ke atasnya selain melakukan pekerjaan yang dapat memberikan pendapatan yang halal untuk menyara diri dan keluarga. Allah mengurniakan kita otak yang disertakan akal fikiran untuk berfikir ke arah kebaikan bukannya memikirkan sesuatu yang tidak berfaedah dan mengundang keinginan untuk melakukan kejahatan. Allah mengurniakan kita mata untuk kita melihat keindahan alam ciptaan-Nya  dan melihat Al-Quran serta kedua wajah ibu bapa kita bukannya untuk kita melihat aurat yang bukan mahram sehingga tercetusnya kegairahan didalam diri. Allah mengurniakan kita mulut untuk sentiasa mengucapkan nama-Nya,nama para Rasul serta beristigfar dan membaca ayat-ayat suci Al-Quran bukannya untuk kita mengumpat serta mengeluarkan kata-kata yang keji lalu menyakitkan hati seseorang. Allah mengurniakan kita kedua belah tangan untuk membantu insan yang lemah bukannya untuk memukul ataupun mencuri dan Allah juga mengurniakan kita kedua belah kaki untuk memudahkan pergerakkan kita dari satu tempat ke satu tempat serta berjalan menuju ke Masjid untuk menunaikan solat bukannya berjalan menuju ke arah kemaksiatan. Mohonlah keampunan kepada Allah nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu kecuali dosa orang yang mensyirikkan-Nya dan percayalah bahawa segala kebaikan itu datangnya dari hati yang bersih serta hati yang sering menggingati Allah dan kebesaran-Nya. Jadikanlah diri kita sebagai seorang Islam yang sentiasa melakukan suruhan Allah dan mengumpulkan sebanyak mungkin pahala untuk kita bawa ke hari akhirat suatu hari nanti maka kita tidak akan menjadi seorang manusia yang dalam kerugian.

No comments:

Post a Comment