Friday, August 26, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432 Hijrah,Maaf Zahir Sahaja~

Assalamualaikum semua,tak sangka betul masa begitu cepat berlalu,tak tahulah sama ada amalan kita pada bulan Ramadan tahun ini sempurna atau tidak namun sentiasalah berdoa kamu semua berjaya mengumpul kesemua 3 perkara yang Allah S.W.T telah janjikan kepada kita iaitu 10 pertama Ramadan merupakan Rahmat,10 hari kedua membawa kita kepada keampunan-Nya dan 10 hari terakhir iaitu pembebasan daripada api neraka. Pada zaman Nabi Muhammad S.A.W. seluruh umatnya yang betul-betul tinggi imannya akan menangis ketika tibanya dan berakhirnya bulan Ramadan namun kini yang dapat dilihat manusia yang beragama Islam bergembira ketika tibanya Aidilfitri walaupun amal ibadatnya cukup atau tidak. Tapi saya berharap kita sentiasa bersyukur kerana masih diberi peluang untuk terus berada di dalam Bulan Ramadan pada tahun ini dan mengaut segala pahala yang telah ditawarkan. Jadi tanpa perlu memanjangkan lagi saya sekeluarga mengucapkan:

SELAMAT HARI RAYA KEPADA SEMUA UMAT ISLAM DI MALAYSIA MAHUPUN DI DUNIA


Saya memohon ampun sekiranya saya melakukan kesalahan kepada anda semua...


ingatlah segala kebaikan itu datang dari Allah S.W.T dan segala kesilapan mahupun keburukan itu datang dari diri saya sendiri...

No comments:

Post a Comment