Thursday, September 1, 2011

Cu...Cu...nenek nak tumpang...

Hari tu time balik kampung sebelum Raya,saya ada terdengar orang kampung saya menceritakan hal sebegini,Ntahnye Ntahtidak saya pun tak tahu tapi cerita ini agak menyeramkan jugaklah...so korang baca lah cerita ini....cerita ini telah diedit sebahagiannya....


Jam menunjukkan tepat pukul 12.30 tengah malam,Rashid yang baru pulang dari menziarahi kawannya di Kuala Lumpur sedang menunggang motosikal barunya.Vroom...vroom...Rashid menekan minyaknya yang cukup kuat untuk memecah kesunyian malam itu.Rumah Rashid yang jauh ke dalam hutan yang berdekatan kebun getah bapanya itu terpaksa melalui satu kawasan tanah perkuburan islam yang cukup untuk menaikkan bulu roma sesiapa sahaja kerana terdapat pelbagai cerita-cerita mistik yang diceritakan dari buah mulut orang kampung.Tiba-tiba kedengaran suatu suara sayup-sayup yang datang dari tanah perkuburan itu,"Cu...cu...nenek nak tumpang"seperti suara seorang warga emas meminta pertolongan,apabila dipandang mata liar Rashid tiada apa yang dapat dikesannya."Ah!pedulikan saja tak ade ape-ape tu perasaan aku je kot!" kata suara hati Rashid untuk menjauhkan perhatian dari suara itu.Sekali lagi suara itu kedengaran tapi kali ini lebih jelas dan muncul satu lembaga nenek tua dalam keadaan membongkok yang memegang tongkat melintas di hadapannya,ketakutan yang begitu mendalam telah membelenggu diri Rashid dan dia hilang kawalan diri lalu terhumban bersama motosikalnya ke dalam sebuah longkang besar yang berada lima ratus meter dari rumahnya.
Keesokannya,seorang penoreh getah yang lebih dikenali sebagai Pak Jamal telah menjumpai Rashid yang berlumuran darah di bahagian kepala terbaring menghadap ke langit,mujurlah topi kaledarnya yang dipasang rapi menyelamatkannya kepalanya dari terhentak kuat yang boleh mengakibatkan kematian.Dia diangkat keluar oleh Pak Jamal sendiri lalu diusung ke rumah dengan bantuan orang kampung,manakala motosikalnya dibiarkan di tempat kejadian.Setibanya di rumah luka Rashid telah di bersihkan oleh ibunya dan disapu dengan minyak-minyak tradisional kerana menurut bapanya, lukanya tidak terlalu parah.Setelah semalaman tidak sedarkan diri,akhirnya Rashid mencelikkan matanya.Dia bangun duduk bersandarkan bantal supaya bahagian belakang badannya tidak berasa sakit,yang menghairankan kedua orang tuanya ialah Rashid tidak bercakap walaupun sepatah dan hanya mampu menggeleng ataupun mengganguk apabila ditanya.Pabila malam menjelang,anak mata Rashid tajam serta liar memandang kawasan sekeliling,mukanya berkedut seperti wajah orang yang telah berusia dalam lingkungan 80'an.Perubahannya pantas disedari bapanya yang sedang menjamah makan malam sebelum ke surau untuk menunaikan solat maghrib,lantas bapanya berhenti menjamah makanan lalu terus menuju ke arah anak sulungnya itu,ditelitinya dari pelbagai sudut "sah!memang kena sampuk budak ni"spontan perkataan itu dilafazkannya sehingga memeranjat isterinya yang berada di dalam bilik."Mansor pegi panggil Pak Imam katakan ada hal kecemasan"katanya lagi kepada anak bongsunya,enjin motosikal dipanaskan Mansor terlebih dahulu sebelum memecut laju menuju ke surau untuk mnjemput Pak Imam.Setengah jam kemudian kelibat Mansor dan Pak imam jelas kelihatan diatas motosikal."Apahalnya ni!? panggil aku tiba-tiba ni Usop"tanya Pak Imam kepada bapa Rashid,"entahlah Imam saya tengok macam kena sampuk budak ni, tu pasal saya suruh si Mansor panggilkan Imam" katanya seperti dalam kegelisahan.Pak Imam cuba mendekati Rashid yang sepertinya ada makhluk lain di dalam tubuhnya,tiba-tiba terdengar satu suara yang datangnya dari mulut Rashid"jangan ganggu aku!aku cuma nak tumpang!walau apa sekalipun kau lakukan kepada aku,aku tak akan keluar!"tegasnya kepada Pak Imam."oh!macam tu maksud kau!aku faham tapi tak boleh macam ni dunia dia dengan dunia kau berbeza"kata Pak Imam dengan lembut utuk tujuan memujuk keluar makhluk itu,"TIDAK!!aku tak akan keluar!"jerit makhluk itu.Pak Imam tidak mahu memanjangkan perbualannya dengan makhluk itu tadi lalu mengambil air yang telah disediakan ibu Rashid dan membaca ayat-ayat suci Al-Quran dan dengan lafaz 'bismillah',Pak Imam menyapu muka Rashid dengan air ayat-ayat suci Al-Quran itu tadi lalu Rashid menjerit sebelum pengsan diatas riba Pak Imam."Alhamdullilah"kata Pak Imam sejurus selepas itu,berpeluh-peluh juga Pak Imam dibuatnya.Akhirnya Rashid sedar tetapi keadaannya seperti di awan-awangan kerana belum sedar spenuhnya.Namun setelah selesai segala Pak Imam menjengah ke tingkap dan dia hanya tersenyum melihat kelibat seorang wanita tua yang membongkok dan memegang tongkat beredar dari halaman rumah Rashid lalu hilang dari pandangannya.Segala telah selamat tapi adakah kelibat wanita tua itu telah pulang ke tempat asalnya ataupun masih berlegar-legar di kawasan perkuburan untuk mencari manusia sebagai tempat menumpang?Itulah persoalannya......

No comments:

Post a Comment